Perhimpunan ini adalah untuk memperjuangkan bangsa Melayu ISLAM yang ditindas di Negeri Pulau Pinang.. Di mana Bumi Dipijak Di situ Langit Dijunjung..Semua exco dan ahli-ahli GPMS Caw. Khas Kolej Islam Antarabangsa anda dijemput hadir dengan menghubungi no telefon yang tertera di sebelah.
Tahniah kami ucapkan daripada GPMS Caw. Khas UNISEL Bestari Jaya kerana telah membina tampuk pimpinan yang baru.. Semoga semangat dan juga perjuangan anda tidak luntur pada permulaan sahaja.. GPMS Singa Perjuangan Bangsa.Belajar Terus Belajar.
Semua ahli yang ke Majlis Pelancaran Malaysia Inovatif 2010 di PICC selamat pulang dan mendapat beberapa inspirasi untuk program yang akan dijalankan di dalam aktiviti dalaman GPMS Caw. Khas Kolej Islam Antarabangsa. Kepada semua yang hadir terima kasih diucapkan.. Jika ada salah dan silap harap dimaafkan.
Berpegang kepada 3 halatuju GPMS iic sendiri:
(1) GPMS Penggerak Kecemerlangan Akademik.
(2) Melahirkan lebih ramai pemimpin yang kreatif dan berdaya saing.
(3) Muncul sbg GPMS Cawangan Khas Terbaik .
Semangat,jatidiri,kreativti dan kesabaran perlu ade dlm setiap exco GPMS iic.
Salam Perjuangan.
"Belajar terus belajar".
Kami pelajar melayu yang dijemput oleh Jawatankuasa Sementara GPMS untuk menghadiri Persidangan Penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1948:
SEDAR atas perlunya disatukan tenaga sekelian pelajar-pelajar Melayu Semenanjung Tanah Melayu. SEDAR akan kemunduran kami di alam pengetahuan. SEDAR atas kewajipan kami untuk meningkatkan darjat pengetahuan bangsa. SEDAR bahawa maju-mundur kaya-miskin dan hina-mulianya bangsa itu di tangan kami.
BERPENDAPAT bahawa GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG WAJIBLAH didirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar melayu dari segenap lapisan.
"Belajar Terus Belajar"
Sebarang pertanyaan hubungi :
Along(0123003473) Edinz (0177137212) Is (0176515309) Ainun (0132274467) Amirul (0136447158